BAZAAR BUKU KEDAH 2023 | PENERBIT UPM
» BERITA » BAZAAR BUKU KEDAH 2023

BAZAAR BUKU KEDAH 2023

13 Februari 2023 – Bazaar Buku Kedah 2023 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya selama lima hari bermula 26 Januari 2023 sehingga 30 Januari 2023 bertempat di Pacific Star Parade, Alor Setar, Kedah.

 

20 reruai pameran buku disediakan untuk Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan  juga penerbit buku lain telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Beberapa program serta acara pentas turut diadakan bagi memupuk budaya minat membaca dalam kalangan orang ramai serta bahan bacaan menarik yang dijual pada harga istimewa juga telah berjaya menarik minat para pengunjung.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur.

Tarikh Input: 17/02/2023 | Kemaskini: 17/02/2023 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEZKAM~