| PENERBIT UPM

Hari Keluarga Penerbit UPM

Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerbit UPM telah mengadakan Hari Keluarga Penerbit UPM pada 23 April 2017 (Ahad) di Bukit Ekspo Taman Pertanian Universiti, UPM. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari ini telah dihadiri seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada staf Penerbit dan ahli keluarga masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd. Aris Roslan diikuti dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Kelab, Puan Herzadawati Mohd. Amjah dan seterusnya ucapan perasmian oleh Puan Kamariah Mohd Saidin, Ketua Penerbit.Selesai ucapan perasmian, acara sukaneka untuk kanak-kanak telah diadakan untuk sesi pertama ini.

Terdapat beberapa kategori untuk acara kanak-kanak iaitu Kategori Bawah Tiga Tahun, Kategori Tujuh hingga 12 tahun dan Kategori 13 hingga 17 tahun. Setelah berhenti rehat selama 20 minit, majlis diteruskan dengan acara sukaneka bagi dewasa. Kategori yang dipertandingkan ialah Kategori Dewasa Lelaki, Kategori Dewasa Perempuan dan Kategori Berpasangan. Selesai acara sukaneka, sesi penyampaian hadiah dan cabutan nama bertuah pula diadakan. Sesi bergambar beramai-ramai telah diadakan sebelum majlis tamat.

SXDdAAb~