| PENERBIT UPM

Majlis Ramah Mesra Staf Penerbit UPM bersama Prof. Dato' Dr. Husaini bin Omar, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPNI) dan Keraian Monday Speech

group photoSatu majlis ramah mesra staf Penerbit UPM bersama Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPNI), Prof. Dato' Dr. Husaini bin Omar telah diadakan pada 12 Mei 2017 jam 9 pagi di Penerbit UPM. Pada majlis yang sama Keraian Monday Speech Seksyen Reka Bentuk dan Media Kreatif turut diadakan.

Majlis dimulakan dengan sesi ucapan oleh Ketua Seskyen Reka Bentuk dan Media Kreatif, En. Abd. Razak bin Ahmad diikuti dengan ucapan Prof. Dato' Dr. Husaini bin Omar  dan sesi kenal mesra antara Staf Penerbit UPM dengan TNCPNI. Prof. Dato' Dr. Husaini bin Omar  turut meluangkan masa untuk memberikan kata semangat dan motivasi kepada staf di samping idea untuk memajukan dan memperkasakan organisasi.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Monday Speech yang merupakan satu aktiviti tahunan anjuran Seksyen Reka Bentuk dan Media Kreatif. 

 

SXETAAw~