| PENERBIT UPM

Penerbit UPM raih Anugerah MAPIM-KPT 2016

Dua staf Penerbit UPM iaitu En. Muhammad Arif Sambudin dan En. Muhammad Ezham Hussin telah terpilih sebagai pemenang utama bagi kategori Anugerah Reka Bentuk Buku Terbaik di Anugerah MAPIM-KPT 2016. Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2016 diadakan pada 29 April 2017 bertempat di Duyong Convention Centre, Pulau Duyong, Terengganu yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh. Kedua-dua pemenang meraih kejayaan tersebut menerusi pencalonan buku Malay Culinary Herbs yang diterbitkan oleh Penerbit UPM pada 2016. Majlis anugerah ini merupakan antara anugerah berprestij tertinggi kebangsaan untuk mengiktiraf hasil karya ilmiah, penulis, editor dan pereka dalam kalangan ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

 

 

 

 

SXETLA1~