Majlis Penyampaian Sumbangan Royalti dan Jualan Buku Pusat Penerbit kepada Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) telah diadakan pada 2 Disember 2021 di Bilik Bicara, Kedai Buku Penerbit UPM.
Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan, Pengarah Pusat Penerbit, YBhg. Prof, Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Dr. Sharifah Norkhadijah Syed Ismail, Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan En. Mohd Azrol Hafizi Azman, wakil Pengarah, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen.
Sumbangan sebanyak RM 21,674.80 telah diberikan kepada pihak WAZAN. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 13,375.26 adalah hasil daripada jualan buku bagi judul terpilih manakala RM 8,299.54 adalah hasil sumbangan daripada pengarang yang dengan rela hati menyerahkan royalti mereka kepada WAZAN. Pengarang tersebut ialah YBhg. Prof, Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad dan Dr. Sharifah Norkhadijah Syed Ismail.
Majlis ini diadakan bagi menyokong usaha pihak WAZAN dan menyahut aspirasi UPM dalam mendepani kesejahteraan dan pembangunan sejagat.
Date of Input: 15/12/2021 | Updated: 15/12/2021 | marlina_is
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Director
Universiti Putra Malaysia Press,
43400 UPM, Serdang Selangor