| UPM Press

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PENERBIT

SERDANG, 14 Julai - Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerbit telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 14 Julai 2017, bertempat di Laman Santai Pejabat Penerbit, bermula dari jam 11 pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Ia diadakan bagi memeriah sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Walaupun disambut secara sederhana tetapi kemeriahannya tetap dirasai dengan  hidangan pelbagai juadah makanan seperti Lemang Hang Tuah Catatan OkinawaButterfly Lovers Cakes, Roti Jala Kota Kuala Kedah Gelanggang Harimau Menerkam dan lain-lain lagi. Ia turut diserikan dengan hiasan ketupat dan photo booth yang direka khusus oleh warga Penerbit.

Antara jemputan yang hadir memeriahkan majlis ini ialah Prof Dr Mohammad Hamiruce Marhaban, Pengarah Pusat Pengurusan  Penyelidikan, para pembekal dan kenalan rapat. Majlis ini secara tidak langsung memberi peluang untuk saling bermaaf-maafan, mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin dan menyuburkan semangat kerja berpasukan warga Penerbit.

SXDcUAn~