| UPM Press

Program Gotong-royong PENERBIT

 

SERDANG, 10 Julai – Urus setia 5s Pejabat Penerbit telah menganjurkan program Gotong-royong pada 7 Julai 2017. Gotong-royong bermula pada jam  9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.

Atur cara gotong-royong dimulakan dengan taklimat oleh urus setia program. Selepas minum pagi, semua pasukan bergerak ke lokasi yang ditetapkan sama ada di dalam bangunan pejabat,atau pun di persekitaran bangunan pejabat.

Program ini dianjurkan selaras dengan dasar Penerbit untuk menyediakan persekitaran ekosistem tempat kerja yang selamat dan sihat serta kondusif untuk semua pekerja dan pelanggannya. Program ini telah mensasarkan penglibatan semua  staf pengurusan dan juga sokongan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga Penerbit yang telah berhempas pulas dalam menyumbang tenaga dan keringat dalam menjayakan program ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SXDcRAP~