| UPM Press

Rancangan Duniaku Buku di IKIM.FM 91.5

 

Pada 4 Oktober 2018 ini Penerbit UPM akan bersiaran di Radio IKIM FM dalam program Duniaku Buku. Program yang berlangsung setiap harı Khamis jam 9.15 malam itu membawakan 2 tetamu jemputan yang akan membicarakan mengenai 2 buah buku terbitan Penerbit UPM iaitu Pendidikan Awal Kewangan Kanak-kanak dan Kisah Wang: Aisyah, Adam dan Rakan-rakan. Pada rancangan yang berlangsung selama lebih kurana 45 minit itu akan membawakan Prof. Madya Dr. Mohammad Fazli Sabri pengarang buku-buku tersebut bersama En. Mohd Rusdy Hassan, Ketua Seksyen Pemasaran,Penerbit UPM . Kedua tetamu jemputan tersebut akan membicarakan secara ekslusif berkaitan penerbitan buku kewangan kanak-kanak yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran. Temubual itu juga akan membicarakan tentang pelbagai persoalan berkaitan strategi kewangan kanak-kanak.

SXETIAP~